Cerita
Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih
tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka
sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul.
Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu
ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah
hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat
kebahagiaan.”
Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan
kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih
tidur,Bawang Putih pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.
Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia
terpandan sebuah buaian yang tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut
seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk
bermain-main.
Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian
itu berayun dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat
bunga-bunga yang mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya
terasa sungguh terhibur.
Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu
tirinya pasti akan memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di
rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhntikan buaian
itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah
berhenti,akuingin pulang ke rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan
sendirina.Pokok-pokok bunga juga turut berhenti bergoyang.
Pada sutu hari Bawang Putih bermaian buaian seperti
biasa.Tanpa disedarinya seorng putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik
melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih
menaikinya.
Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh
penirinya mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi
ke rumah tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman
rumah.”Di manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya baginda.Mak Kundur
menyangka baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang lain.Bawang
Merah inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.
Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya
bermain buain di hutan.”Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak
Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan tempat
buaian itu. Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian buaian
itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari
sebalik pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa
Bawang Putih ke situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih
dikurung dan diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu
bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran bainda dan Bawang
Putih.
Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun
berayun laju.”Makcik telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu
barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.”Kamu ibu yang
zalim.Kamu telah menyeksa Bawan Putih!” kata baginda lagi.Mak Kundur menangis
dan meminta ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan menanis kerana
dewngkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja
mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan
Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.
Pengajaran
Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada kisah ini ialah kita janganlah sesekali menipu orang lain kerana perkara
itu pasti akan membawa padah kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Kita haruslah sentiasa berbuat baik dengan orang lain kerana kita pasti
akan mendapat balasan yang baik. Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Sikap kasih sayang dan hormat-menghormati amat
penting dalam hubungan kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment