Sunday, 6 May 2012

Khasiat Timun

Kali ni aku nak share satu tip untuk melembapkan kulit muka. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal ni and bagi sapa-sapa yang tak tahu tu. Meh sini aku nak cite. Tahu tak dengan Timun je kita boleh buat toner kita sendiri. Tak perlu susah-susah beli , buat sendiri je. Lagi murah and fresh.

Step 1: Sediakan timun yang segar-segar. Satu pun dah cukup. Kalau nak buat banyak , 2 pun dah ok. Then potong separuh daripada timun tu. Potong kecil-kecil sebab kita akan blend timun tu nanti.


Step 2:Masukkan timun-timun yang dah dipotong tu dalam blender and masukkan sedikit air. Air tu janganlah banyak sangat and jangan sikit sangat. Lepas tu , blend la timun tu.


Step 3:Lepas dah siap blend , tapis air timun tu sebab kita tak nak ampas timun tu. Kita just nak air dia sahaja. So, asingkan tau.


Step 4: Bila dah siap asingkan , masukkan air timun tu dalam bekas or botol. Tak kisah lah apa-apa asalkan bertutup. Then letak dalam peti sejuk. 

Dah siap! Bila agak-agak air timun tu dah sejuk , guna lah. Guna kapas muka and lap di seluruh muka. Rasa fresh sangat. Ha! Senang je kan. Tak perlu beli toner tapi air timun ni hanya boleh digunakan selama 2 minggu sahaja sebab dalam air ni kan takde kandungan asid. Tak macam toner yang dekat pasaran sekarang, campur dengan bahan asid. So , selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment